Monday, 23 November 2015

AKU TUNGGU

Posted by fazzie

Bila orang tanya apa yang aku tunggu?

Ini jawapan aku : 

1) Aku tunggu seseorang yang benar-benar ikhlas mencintai aku

2) Aku tunggu seseorang yang boleh menerima aku seadanya

3) Aku tunggu seseorang yang bersedia menjadi Imam ku.

4) Aku tunggu seseorang yang bersedia memimpin dan membimbing aku ke jalan Allah dunia dan     akhirat.

4) Aku tunggu seseorang yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga

Dan 

4) Aku tunggu untuk menerima lamarannya. 

Monday, 22 June 2015

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Deserve Better'?

Posted by fazzie



"Jangan berduka dengan dugaan yang menimpa, senyumlah kerana Allah sangat menyayangi kita."


'Bila bukak ig tengok orang sedih2, teringat dulu2, ye aku pun pernah bersedih bila satu fasa kita futur diri kita jatuh. .

Menangis macam apa je, terlampau sedih bila pengharapan kita tu tak jadi seperti kita nak, lagi2 part orang kita sayang. Rasa macam Allah hukum kita, rasa macam Allah tarik nikmat paling besar kita, tapi ada orang kata kita deserve better?. Aku tak pernah percaya, mana better tu? Mana plss show me lah. Segala nasihat orang aku tak nampak buta , sebab hati aku yang buta. Aku tunggu better tu, memang tak jumpa bai perempuan better. .

Dah lama tu sedar rupanya better bukan someone better tapi ketenangan , berehat dari bercinta atau berehat dari hati yang lebih keduniaan. Tak, Allah tak zalim , kalau Allah jahat kenapa dia bagi sekelumit nikmat Dia untuk kau bernafas hari ini?. .

Bukan Allah tak sayang,
Bukan Allah tak tahu hati kau hancur,
Bukan Allah tak tahu kita menangis semahunya, ,

Sebab Allah sayang lah Allah tarik semua tu. Eh kejap! sebab Allah sayang Allah tarik???. Yes Allah want a bit attention from you to Him , and slowly you're going turn to Him. .

Even you breakdown and cry , you know you're ten times stronger than what you think, and sometimes it feels like you're not? Yes you are. .

Ye aku tahu human do have feelings, memang lah sedih, life is to short to be like this, everythings happens for a reason , better yang aku tak percaya tadi nak tahu apa? Kau dapat perhatian Allah , sekarang kau lebih dekat dengan Allah. .

One of the most beautiful things about you is when you're starting get the attention from Allah , that is the biggest meaning "you deserve better" all about. .

Kadang, tanda cinta Allah dekat seseorang tu, apabila Allah akan biarkan hati dia hancur berkali sampai lumat , sampai dia rasa tak ada harapan lagi untuk dunia ini , dan itu akan menyebabkan dia punya harapan pada Allah sahaja. 
Syeikh Abdul Qadir Jailani. .'


Sharing thought by @sheikhfrost.

Aku sangat tertarik dengan caption beliau sebab kata-katanya tu sangat dekat dengan diriku. Bak perumpamaan 'kena batang hidung sendiri'. Haha aku pernah melalui fasa kehidupan yang begini. Putus cinta. Yang kita harap akhirnya jatuh ke tangan orang lain. Luka kat hati ni susah kot nak pulih. Sampai sekarang still terasa sakitnya. And yes aku sangat mendambakan seseorang yg better utk mengubati luka aku ni tapi bila terbaca post Sheikhfrost, aku sedar yang better tu adalah datang dari Allah. Kita dekatkan diri kita dengan-Nya maka itulah yang terbaik utk diri kita.




Image result for la tahzan

Friday, 19 June 2015

Dream On....

Posted by fazzie

"A dream doesn't become reality theough magic; it takes sweat, determination and hard work"
Setiap orang mesti ada impian nak mempunyai own transportation kan? Either motorbike ataupon kereta. Sama jugak la dengan aku. Bila dah ada kerjaya sendiri ni nak jugak la ada kereta sendiri tak kisah la besar ke kecik ke. Memandangkan gaji aku ni tak berapa besar aku pon aim jela kereta mampu milik ni iaitu Axia. Kereta idaman aku sebenarnya Honda City...huhu dalam mimpi jela nak dapat. Tapi mana tahu rezeki Allah nak bagi suatu hari nanti dapat jugak miliki kereta idaman. Amin... Berbalik kepada kereta mampu milik si kecik molek Axia tu, aku masih lg tak mampu nak beli sbb tak boleh buat full loan! Katanya sebab GST!! Hampeh betoi. Jahanam angan-angan aku. So, dalam masa terdekat ni (nak raya dengan kereta baru) tak boleh la aku nak beli kereta sbb aku tak mampu nak bayar downpayment. Menangis aku. Rasa marah sangat. Aku monolog sendiri kenapala susah sangat hidup aku, kenapa hidup aku penuh cabaran dan dugaan. Astaghfirullah..aku kembali berfikir positif dan ingat pada yang Maha Kuasa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. So aku dah tekad untuk saving duit gaji aku utk bayar downpayment. Mengikut perkiraan kalau aku simpan dgn konsisten dalam masa 8 bulan aku dh boleh bayar downpayment. In sha Allah. Hope boleh la aku saving. Takpala lambat pon nk miliki si kecik ni janji aku tak nyusahkan orang lain. 
Aku akan terus bermimpi untuk menjadikan mimpiku kenyataan. Amin. 

P/s: simpan sikit-sikit, lama-lama boleh miliki si kecik molek. 

Thursday, 18 June 2015

Perempuan Simpanan

Posted by fazzie

" Perempuan untuk dicintai bukan untuk disakiti"

Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan simpanan? Mungkin ramai yang labelkan perempuan simpanan or mistress ni sbg perempuan yang disimpan oleh seorang lelaki untuk kepuasan nafsunya.  Seorang wanita yang menjadi mistress ini selalunya akan dikurung di dalam sangkar dan menunggu kedatangan sang lelaki. Apa yang bestnya menjadi mistress ni?? Hidup mewah? Cukup ke? Hidup mewah tapi tak ada kasih sayang? Hiduplah mewah macam mana pon, tapi hati kita ini akan terhiris kerana seorang lelaki.

Anyway, untuk entry ni aku bukanlah nk kupas pasal perempuan simpanan secara istilah tu. Perempuan simpanan ni dalam erti kata lain teman. Aku pernah rasa macam mana jadinya seorang 'perempuan simpanan' kepada lelaki yang aku suka, aku sayang dan aku cinta.  Macam mana? 5 tahun dulu aku kenal seorang lelaki ni dalam social media dan akhirnya bertukar no telefon. Ada la suatu ketika ni kami jumpa and first time jumpa tu macam dh lama kenal. Maybe selalu berhubung melalui telefon tu yang menyebabkan kami rapat. Then dari situla bermulanya aku mendapat title 'Perempuan simpanan' dari jarak jauh. Walaupon bukan dia or orang lain yg gelarkan tpi aku yang rasa mcm tu.

Orang ketiga : Yes, dia ada girlfriend waktu tu. So, aku ni mcam scandal dia. Bila perlu cari, bila senang ditinggalkan. Memang aku rasa mcm perempuan simpanan. Tapi sebabkan orang yang aku suka aku pon biarkan aje. Dia nak cari aku masa dia susah pon aku tak kisah.  Ada suatu ketika ni lama la jugak lost contact tapi dia ada cari aku balik. Mestila aku suka and aku pon layan. Walaupon ada la kecil hati tapi aku tolak tepi asalkan dia contact aku. Macam tu sekali! Tapi dalam hati aku ni aku rasa teruk sangat sbb dilayan macam seorang 'perempuan simpanan'. Datang dan pergi tanpa diundang tanpa dihalau. Kenapa aku boleh jatuh cinta dengan lelaki yang tak tahu menghargai seorang perempuan? Kenapa lelaki tidak boleh setia dengan seorang perempuan?



P/s : Perempuan untuk dijaga, dibelai sentiasa bukan untuk dijadikan teman ketika susah dan ketika senang ditinggalkan.

Wednesday, 17 June 2015

SALAM RAMADHAN

Posted by fazzie



"Sesungguhnya aku tidak layak ke syurgaMu, 
tetapi aku juga takut ke nerakaMu.."

1ST RAMADHAN...

Harini semua Muslimin dan Muslimat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Mungkin ada juga non-Muslims yang turut serta. Alhamdulillah kita sekali lagi diberi peluang untuk menyempurnakan Rukun Islam yang ke-4.  Hope semua dapat la berpuasa penuh ya especially insan yang bernama LELAKI. Haha... Yang perempuan ada excusenya tapi perlu jugak la menghormati orang yang berpuasa. Amacam puasa kali ini?? Maybe tahun ini ramai yang kali pertama berpuasa dengan pasangan, suami ataupon isteri. Bestnyaaa!! Haha Aku? Belom ada kesempatan lagi. Bila?? Aku pon belom ada jawapan yang pasti untuk itu. So, simpan jela dalam hati perasaan jeles dengan orang yang berpuasa bersama pasangan. It's okay, aku masih ada parents and family aku. Sedap woo dapat makan masakan mak!! :p So, mesti ada yang tak sabar kan nak p bazar Ramadhan. Aku pon sama jugak. Macam-macam kuih, macam-macam ayaq yang dh ada dalam kepala otak ni nk beli. Apa yang best kat bazar Ramadhan?? Kek coklat, tepung pelita, puding caramel, ikan bakaq, dll! wow!  Hahahaha But JANGAN MEMBAZIR! Kawal nafsu tu. OK, perut dh berbunyik2 ni!!haha  Terawih??? Pi la yang berupaya. Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. 

Last but not least.......

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK. Let's forgive and forget. Semoga diberkati di bulan yang mulia ini. In syaa Allah. 


Fazzie