 |
"A dream doesn't become reality theough magic; it takes sweat, determination and hard work" |
Setiap orang mesti ada impian nak mempunyai own transportation kan? Either motorbike ataupon kereta. Sama jugak la dengan aku. Bila dah ada kerjaya sendiri ni nak jugak la ada kereta sendiri tak kisah la besar ke kecik ke. Memandangkan gaji aku ni tak berapa besar aku pon aim jela kereta mampu milik ni iaitu Axia. Kereta idaman aku sebenarnya Honda City...huhu dalam mimpi jela nak dapat. Tapi mana tahu rezeki Allah nak bagi suatu hari nanti dapat jugak miliki kereta idaman. Amin... Berbalik kepada kereta mampu milik si kecik molek Axia tu, aku masih lg tak mampu nak beli sbb tak boleh buat full loan! Katanya sebab GST!! Hampeh betoi. Jahanam angan-angan aku. So, dalam masa terdekat ni (nak raya dengan kereta baru) tak boleh la aku nak beli kereta sbb aku tak mampu nak bayar downpayment. Menangis aku. Rasa marah sangat. Aku monolog sendiri kenapala susah sangat hidup aku, kenapa hidup aku penuh cabaran dan dugaan. Astaghfirullah..aku kembali berfikir positif dan ingat pada yang Maha Kuasa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. So aku dah tekad untuk saving duit gaji aku utk bayar downpayment. Mengikut perkiraan kalau aku simpan dgn konsisten dalam masa 8 bulan aku dh boleh bayar downpayment. In sha Allah. Hope boleh la aku saving. Takpala lambat pon nk miliki si kecik ni janji aku tak nyusahkan orang lain.
Aku akan terus bermimpi untuk menjadikan mimpiku kenyataan. Amin.
P/s: simpan sikit-sikit, lama-lama boleh miliki si kecik molek.
0 comments: