Perempuan Simpanan
Posted by fazzie
![]() |
" Perempuan untuk dicintai bukan untuk disakiti" Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan simpanan? Mungkin ramai yang labelkan perempuan simpanan or mistress ni sbg perempuan yang disimpan oleh seorang lelaki untuk kepuasan nafsunya. Seorang wanita yang menjadi mistress ini selalunya akan dikurung di dalam sangkar dan menunggu kedatangan sang lelaki. Apa yang bestnya menjadi mistress ni?? Hidup mewah? Cukup ke? Hidup mewah tapi tak ada kasih sayang? Hiduplah mewah macam mana pon, tapi hati kita ini akan terhiris kerana seorang lelaki. Anyway, untuk entry ni aku bukanlah nk kupas pasal perempuan simpanan secara istilah tu. Perempuan simpanan ni dalam erti kata lain teman. Aku pernah rasa macam mana jadinya seorang 'perempuan simpanan' kepada lelaki yang aku suka, aku sayang dan aku cinta. Macam mana? 5 tahun dulu aku kenal seorang lelaki ni dalam social media dan akhirnya bertukar no telefon. Ada la suatu ketika ni kami jumpa and first time jumpa tu macam dh lama kenal. Maybe selalu berhubung melalui telefon tu yang menyebabkan kami rapat. Then dari situla bermulanya aku mendapat title 'Perempuan simpanan' dari jarak jauh. Walaupon bukan dia or orang lain yg gelarkan tpi aku yang rasa mcm tu. Orang ketiga : Yes, dia ada girlfriend waktu tu. So, aku ni mcam scandal dia. Bila perlu cari, bila senang ditinggalkan. Memang aku rasa mcm perempuan simpanan. Tapi sebabkan orang yang aku suka aku pon biarkan aje. Dia nak cari aku masa dia susah pon aku tak kisah. Ada suatu ketika ni lama la jugak lost contact tapi dia ada cari aku balik. Mestila aku suka and aku pon layan. Walaupon ada la kecil hati tapi aku tolak tepi asalkan dia contact aku. Macam tu sekali! Tapi dalam hati aku ni aku rasa teruk sangat sbb dilayan macam seorang 'perempuan simpanan'. Datang dan pergi tanpa diundang tanpa dihalau. Kenapa aku boleh jatuh cinta dengan lelaki yang tak tahu menghargai seorang perempuan? Kenapa lelaki tidak boleh setia dengan seorang perempuan? P/s : Perempuan untuk dijaga, dibelai sentiasa bukan untuk dijadikan teman ketika susah dan ketika senang ditinggalkan. |
0 comments: